Pls refer this calendar to place orders....

Wednesday, November 7, 2012

PROMOSI NOVEMBER - PAI ROTI DAGING

Bulan ni Yummilicious memilih Pai Roti Daging sebagai item promosi.


Lapisan roti dan daging cincang yang telah dimasak dengan rempah ratus rahsia (yang pastinya HALAL) ini sangat sesuai dijadikan juadah minum petang anda atau sesuai dinikmati bila-bila masa sahaja.

Harga promosi untuk bulan ni :
RM30 untuk saiz standard
RM15 untuk saiz mini

Ni gambar untuk saiz standard. Saiz mini cuma separuh dari tu.



Pai roti daging ni tak ada tiap-tiap hari ye. Saya cuma akan buat pada setiap hari Rabu dan Sabtu sahaja (kecuali minggu ni Khamis & Sabtu).

So, kalau sesiapa berminat boleh whatsapp/sms saya di nombor 0196687075 atau boleh PM saya di fanpage Yummilicious atau Personal page saya - Puan Olynn

Terima kasih semua! :)

Friday, October 19, 2012

BUY 5 FREE 1 Mini Pavlova! Again!

Disebabkan banyak permintaan untuk mini pavlova, promosi mini pavlova kembali lagi pada 24 Oktober ni.


MINI PAVLOVA
6 PIECES
PRICE : RM20 (normal price RM24)



Sesiapa yang berminat sila preorder selewat-lewatnya 22 Oktober 2012 nanti. Anda boleh pick up tempahan anda di rumah saya di Jalan Junid pada jam 5 pt 24 Oktober 2012.

Sila SMS/WhatsApp saya di nombor 0123744186 / 0196687075 untuk tempahan dan pick up arrangement.

Jangan lepaskan peluang ye. TQ.

Sunday, October 14, 2012

SUNDAY SPECIAL : baked macaroni in mini size

Makaroni bakar yg digoreng dahulu dgn resepi istimewa bersama daging cincang dan disarati dengan parutan keju cheddar sebelum dibakar

Harga : RM15

Siapa berminat boleh sms/whatsapp saye di nombor 0123744186 / 0196687075 sblm pukul 10 pg esok.


Friday, September 21, 2012

Katering @mrsm muar

Hari ni Yummilicious ade mini katering di MRSM Muar. Jamuan hari raya (walaupun dah habis raya) utk kelab di bwh naungan Teacher Marlia. X pasti pulak kelab apa sbb lupe nk tanye. Menu yg diminta adalah Nasi Hujan Panas, Ayam Masak Merah, Dalca, Pencuk dan air. Selain dari tu saye jugak kena sediakan 3 biji choc moist saiz besar yang cukup utk 40 org makan.

Alhamdulillah semenye dah selesai. Insyaallah ada kelapangan sy uploadkan gmbr2 juadah yg disediakan. Terima kasih yg x terhingga kepada Marlia sbb beri kepercayaan kpd saya utk sediakan semua tu. ;-)

Tuesday, September 18, 2012

PDK Maharani

Dah lame sebenarnya tanam niat nk buatkan sesuatu untuk anak2 istimewa kat PDK Maharani ni. Cuma kekangan masa x mengizinkan. Tibe2 hari tu Asiah (wakil dari PDK) call nk order kek utk jamuan hari raya pada 13 September hari tu. So, Yummilicious pun x lepaskan peluang untuk berderma serba sedikit untuk majlis tu.

Pihak PDK Maharani order 5 buku Walnut Brownies dan 5 Blueberry Cheesecake. Saya cuma tambahkan dgn 2 biji Carrot Cake. Walaupun x seberapa, diharap cukup untuk semua rasa...

Terima kasih yang tak terhingga kepada PDK Maharani kerana sudi membuat tempahan. Jangan serik ye. Next time boleh order lagi. ;-)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...