Pls refer this calendar to place orders....

Monday, July 18, 2011

Promosi Raya 2011

Dear customers,

Tempahan utk hari raya dah boleh dibuat sekarang sehingga awal Ramadhan nanti. Biskut yg boleh dipos cuma Almond London, Almond Choc Chip dan Hazel Dark Choc sahaja. Harga adalah seperti yg tertera pada setiap gambar.

Untuk tempahan, anda boleh
1. SMS ke nombor 019-6687075 / 012-3744186
2. Inbox ke FB Puan Olynn
3. Email ke yummiliciousbaker@gmail.com

Kos pos (bagi yg berada di luar kawasan) bergantung kpd kuantiti dan akan diberitahu kemudian.

Tempahan perlu diambil sendiri di alamat di bawah :
No 11, Lorong Mawar 1,
Taman Sri Tanjung,
Jalan Junid, 84000 Muar,
Johor
(lokasi rumah berhadapan dgn SMK Jalan Junid).

Bagi pelanggan di kawasan Melaka dan Segamat, anda perlu mengambil tempahan di lokasi yang akan diberitahu kemudian.

Penghantaran boleh dirunding. Namun begitu, kami mungkin akan mengenakan caj penghantaran (bergantung kepada lokasi anda).

Pilihan biskut/kek adalah seperti berikut :

Almond Choc Chip Cookies
RM20 (50pcs)
RM40 (100pcs)

Biskut rangup ala Famous Amos yang dipenuhi dengan almond nibs dan choc chips.
(* boleh dipos)


Almond London Cookies
RM20 (50pcs)
RM40 (100pcs)

Badam penuh yang disalut biskut rangup dan ditutupi dengan coklat.
(* boleh dipos)


Blueberry Cheese Cake
RM35 (small)
RM70 (large)

Cheese cake yang kaya dengan rasa keju dengan base dari digestive biscuit dan ditambah jem blueberry sebagai topping.



Chocolate Moist Cake with Melted Special Topping
RM20

Kek choc moist yang disirami topping coklat istimewa.



Mini Choc Moist Cupcakes
RM1.50/pcs
(minimum order : 50pcs)

Mini cupcakes yang diletakkan buttercream topping. Sesuai untuk hidangan tetamu semasa raya atau rumah terbuka.


Oreo Cheese Cake
RM35 (small)
RM70 (large)

Oreo cheese cake yang kaya dengan rasa cheese & dipenuhi serpihan oreo. Ditambah dengan oreo sebagai topping.



Pineapple Tart (Tat Gulung)
RM20 (50pcs)
RM40 (100pcs)

Adunan istimewa kulit tat yang tidak terlalu rapuh dan tidak terlalu keras, dengan inti nenas yang sangat enak.



Yummy Choc Moist
RM1.50 (small)
RM2.50 (large)
Minimun order : 100 (small), 50 (large)

Yummilicious own recipe. Kek coklat kukus yang lembut dengan topping istimewa.



Hari Raya Giftset
RM15 (30pcs - with ribbon)
Minimum order : 5 boxes

Pilihan biskut : 
Tart Gulung (most suggested)
Almond Choc Chip Cookies
Hazel Dark Choc Cookies

Giftset ini sesuai dijadikan cenderahati menjelang hari raya untuk diberikan kepada sesiapa sahaja (staf, badan amal, rakan-rakan, jiran tetangga, saudara mara, ibu mertua dll)


Hazel Dark Choc Cookies
RM20 (50pcs)
RM40 (100pcs)

Biskut rangup ala Famous Amos yang diadun dengan serbuk koko tulen yang dipenuhi dengan hirisan kacang hazel dan choc chips.
(* boleh dipos)

Thursday, June 16, 2011

Coklat lagi!

Hari tu dapat lagi satu tempahan coklat utk mintak maaf.... kwn kpd x-student sy (lelaki) nk mintak maaf dgn tunang dia (of course perempuan)... mcm biase... most of my customer akan serahkan hundred percent kt sy utk deco ideas... tp kali ni lg payah sbb theme color pun dia suh saye yg pilih... hmm... sng je... pompuan kan... disbbkan yg nk dipujuk ni seorang wanita, sy gunekan papercup pink dan bunga2 sebagai hiasan... dan tulisan tu kaler merah demi melambangkan cinta yg membara (ha yg ni idea dari x-student sy tu... tq sue!)...

so, spt biasa, dgn penuh kasih syg (cewah) sy memulakan tugas 'seni' sy terhadap coklat2 tu.... dan ini hasilnye...


hmmm... agak2 dpt melembutkan hari si penerima x?

Wednesday, May 18, 2011

Coklat oh coklat

Tibe2 dpt order chocs utk teachers day dari kekanda tersayang utk ank2 dia bg kt cikgu masing.... so, ape lg... dh terlanjur buat tu, promote lah terus kt org lain... so, dpt la jugak bbrp order... ni la dia Teacher's Day Chocs tu...

4pcs/box with ribbons... 40 boxes semuanya kena bt hari tu....

yg ni pulak special request from my customer at GDEX Muar, Iqa... she asked for 2 12pcs/box chocs....


ok... sambil2 tu nk jugak promote coklat2 lain yg ade gambar dia dalam simpanan saye.... and of course la... all at reasonable price....


24pcs/box


oreo choc with edible image... sesuai utk doorgift.....

ok... yg ni pulak special request from an old friend.... for her husband...


Sunday, April 17, 2011

maaf

Dear customers,

Sy tidak akan menerima sebarang tempahan sehingga 20 april disebabkan oleh masalah kesihatan. Maaf x terhingga atas tempahan yg terpaksa ditolak, dibatalkan dan ditangguhkan. Terima kasih tidak terhingga kerana memahami situasi saya. Luv u all!

Monday, April 11, 2011

Tahukah anda ?

Sedikit info mengenai coklat dan badam....


SATU - BADAM






Mereka yang gemar makan badam akan memiliki kulit yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambilnya langsung. Ini kerana badam kaya dengan vitamin E yang berfungsi sebagai anti oksida agar kulit menjadi lebih kuat dan sihat khususnya ketika berada di bawah sinar mentari.




DUA - COKLAT






Coklat terutamanya dark chocolate bukan sahaja boleh membuatkan kita berasa gembira malah boleh membantu tekstur dan kekenyalan kulit menjadi lebih tegang. Mulai sekarang, abaikan tanggapan bahawa coklat menggemukkan dan berjerawat kerana coklat sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi.




So, a box of almond dark chocs guy? or anyone want my special choc moist cake? i accept orders anytime! ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...