Pls refer this calendar to place orders....

Wednesday, November 7, 2012

PROMOSI NOVEMBER - PAI ROTI DAGING

Bulan ni Yummilicious memilih Pai Roti Daging sebagai item promosi.


Lapisan roti dan daging cincang yang telah dimasak dengan rempah ratus rahsia (yang pastinya HALAL) ini sangat sesuai dijadikan juadah minum petang anda atau sesuai dinikmati bila-bila masa sahaja.

Harga promosi untuk bulan ni :
RM30 untuk saiz standard
RM15 untuk saiz mini

Ni gambar untuk saiz standard. Saiz mini cuma separuh dari tu.



Pai roti daging ni tak ada tiap-tiap hari ye. Saya cuma akan buat pada setiap hari Rabu dan Sabtu sahaja (kecuali minggu ni Khamis & Sabtu).

So, kalau sesiapa berminat boleh whatsapp/sms saya di nombor 0196687075 atau boleh PM saya di fanpage Yummilicious atau Personal page saya - Puan Olynn

Terima kasih semua! :)

Friday, October 19, 2012

BUY 5 FREE 1 Mini Pavlova! Again!

Disebabkan banyak permintaan untuk mini pavlova, promosi mini pavlova kembali lagi pada 24 Oktober ni.


MINI PAVLOVA
6 PIECES
PRICE : RM20 (normal price RM24)



Sesiapa yang berminat sila preorder selewat-lewatnya 22 Oktober 2012 nanti. Anda boleh pick up tempahan anda di rumah saya di Jalan Junid pada jam 5 pt 24 Oktober 2012.

Sila SMS/WhatsApp saya di nombor 0123744186 / 0196687075 untuk tempahan dan pick up arrangement.

Jangan lepaskan peluang ye. TQ.

Sunday, October 14, 2012

SUNDAY SPECIAL : baked macaroni in mini size

Makaroni bakar yg digoreng dahulu dgn resepi istimewa bersama daging cincang dan disarati dengan parutan keju cheddar sebelum dibakar

Harga : RM15

Siapa berminat boleh sms/whatsapp saye di nombor 0123744186 / 0196687075 sblm pukul 10 pg esok.


Friday, September 21, 2012

Katering @mrsm muar

Hari ni Yummilicious ade mini katering di MRSM Muar. Jamuan hari raya (walaupun dah habis raya) utk kelab di bwh naungan Teacher Marlia. X pasti pulak kelab apa sbb lupe nk tanye. Menu yg diminta adalah Nasi Hujan Panas, Ayam Masak Merah, Dalca, Pencuk dan air. Selain dari tu saye jugak kena sediakan 3 biji choc moist saiz besar yang cukup utk 40 org makan.

Alhamdulillah semenye dah selesai. Insyaallah ada kelapangan sy uploadkan gmbr2 juadah yg disediakan. Terima kasih yg x terhingga kepada Marlia sbb beri kepercayaan kpd saya utk sediakan semua tu. ;-)

Tuesday, September 18, 2012

PDK Maharani

Dah lame sebenarnya tanam niat nk buatkan sesuatu untuk anak2 istimewa kat PDK Maharani ni. Cuma kekangan masa x mengizinkan. Tibe2 hari tu Asiah (wakil dari PDK) call nk order kek utk jamuan hari raya pada 13 September hari tu. So, Yummilicious pun x lepaskan peluang untuk berderma serba sedikit untuk majlis tu.

Pihak PDK Maharani order 5 buku Walnut Brownies dan 5 Blueberry Cheesecake. Saya cuma tambahkan dgn 2 biji Carrot Cake. Walaupun x seberapa, diharap cukup untuk semua rasa...

Terima kasih yang tak terhingga kepada PDK Maharani kerana sudi membuat tempahan. Jangan serik ye. Next time boleh order lagi. ;-)




Thursday, July 19, 2012

Rainbow cake with cream cheese

A special cake for mr hubby's birthday. Selalu buatkan rainbow cake utk customer je. Kali ni teringin pulak nak makan. So, sempena birthday hubby, sy buatkan sebijik rainbow cake. Disebabkan sy x berape suke buttercream, kali ni sy buatkan topping cream cheese. Ohmai... So mouth-watering! Dan hari tu tgk kek birthday Nana Mahazan yg tinggi, sy bt kek ni pun version tinggi sket dari biase. Selalu bt saiz 8 inci. But this time bt 7 inci je. :)

Kek ni agak mahal sbb pembuatan dia agak leceh sket (ditambah lah dgn kerumitan nk deco gune cream cheese). Dan kek ni jugak gunekan butter mahal demi utk menaikkan rasa lemak & mendptkan kadar moist yg betul. Hehe.. ;).

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, July 11, 2012

Love shape choc moist birthday cake

Ni order dari Pza. Regular customer sy. TQVM pza. :)

Rasenye dah lame sgt x update blog ni kan. Terlalu sibuk dgn tempahan sampaikan xde masa nak update blog. Ni pun update guna hset je. Insyaallah lps ni akan luangkan lebih masa utk blog ni. Skang pun dah fulltime bt home bakery ni kan. Kena la slalu update blog. X nanti org ingat yummilicious dh berkubur pulak. :) pape pun kalau nk lebih update boleh like page Yummilicious Baker's Place atau pun add fb Puan Olynn. Kat sana kompem sentiasa up to date. :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 10, 2012

Promosi Hari Bapa is coming!

Ni promosi sempena Father's Day 17 Jun nanti. Dah boleh start order dari sekarang ye. 

Pick-up date : 17 Jun (pagi)

Kali ni boleh request utk special delivery tp dlm area bandar muar & yg berdekatan je. Delivery charge RM5 sahaja (deliver + ribbon kt box).

Untuk order boleh terus SMS/whatsapp saye di nombor 012-3744186 atau inbox Puan Olynn atau Yummilicious sebelum Khamis 14 Jun 2012.

1. 6pcs/box cupcakes for RM10
sama macam promosi hari ibu. cuma tukar deco je... ni contoh deco...







2. 12pcs/box cupcakes for RM20
contoh deco


3. 16pcs/box cupcakes for RM30
contoh deco

4. 3 layers RVC for RM60


5. Pavlova for only RM45
Normal price RM50



Order cepat ye! TQ all...


Wednesday, May 9, 2012

Promosi Hari Ibu

Sempena Hari Ibu 2012 ni, saye sediakan promosi baekkkkkk punye utk custmer2 tersayang... meh tgk ye...

6 PIECES DECORATIVE CUPCAKES - RM10 Only....

Ni contoh deco... boleh personalize teks yang nk letak kat cupcakes ye....








Love-shape cakes

RVC - RM35
Choc Moist - RM30
Cheesecake - RM35
Cheesecake with fresh cream - RM40

same jugak... blh personalize teks yang nak tulis kat kek.
ni contoh kek...


Cake with fresh fruits


4 Layers RVC - RM90
Small RVC (2 layers) - RM45

Ni contoh kek...


OK... kalau berminat leh SMS atau whatsApp saye kat nombor 012-3744186 ataupun inbox je kat fb saye (Puan Olynn atau Yummilicious Bakers Place). Jgn reply kat blog ni tau. Jarang check... ;)

Selamat menyambut hari ibu. Hargailah ibu kite selagi ada hayatnya di dunia ini....



Friday, April 13, 2012

Terima kasih awin!

Cupcakes kaler purple ni tempahan dari sorang x-student. Siti Dawina a.k.a Awin. Dia mintak set cupcakes dengan tema purple dan love. Ni la hasilnye. Tibe2 tgn ni mcm kaku pulak. Dh lame rupenye x buat deco. ;)

Tuesday, March 13, 2012

Fondant wedding cake - tema biru putih

Kek ni ditempah oleh sorang customer. Aina name dia. Tempahan dia bt sebulan lbh awal. Dia mmg nk kek dia mengikut betul-betul tema warna utk majlis dia nanti. So, ni lah hasilnya. Dia menempah 2-tiers kek fondant dengan 30 biji cupcakes (juga fondant) dengan tema biru dan putih.

Agak mencabar jugak nk menyiapkan kek ni. Dgn cuaca yg agak kering. Fondant asyik cracked aje. Tapi berkat usaha dan kesabaran akhirnya siap jugak seperti yang dikehendaki.

Terima kasih Aina! Selamat pengantin baru. Semoga kekal selamanya!

Monday, February 20, 2012

Green Theme Buttercream Wedding Cake & Cupcakes

Ni order dari x-student.... Rozeha... order untuk wedding adik dia kalau x silap. Tema yang dipilih adalah hijau muda... dia nk buttercream cake ngan cupcakes skali.... ni la hasilnye... personally sy rase kaler hijau mmg sgt2 cantek kan? digabung pulak dgn kaler putih... sejuk mata memandang... :)

ok... x mau taip panjang2.. kite tgk gambar2 je la ye... ;)











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...